Sebuah blog berkongsi resepi-resepi turun temurun.

Resepi Mee Kari Istimewa


Cuti hujung minggu adalah masa untuk membuat sajian istimewa untuk keluarga. Cik Nani kongsikan resepi mee kari istimewa buat semua. Untuk yang masih mencari-cari resepi mee kari, bolehlah mencuba resepi Cik Nani ni yaa. 





Bahan-Bahan -1 

Minyak untuk menumis
1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga





Bahan-bahan - 2 

100 gram serbuk kari daging - dicairkan
1 Biji santan kelapa
5 biji buah tomato
10 biji telur






Bahan-bahan - 3

Fishcake - dihiris
Fishball - dibelah empat
Daging kembu dihiris
Daging ayam dihiris
Udang - dibuang kulit
Sotong - dihiris
Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa
Sedikit garam








Bahan-bahan - 4

Mee kuning - dicelur
Sayur sawi - dicelur 
Buah limau kasturi
Taugeh - dicelur
Tahu goreng - dihiris nipis
Lada Hijau / Lada merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Bawang goreng


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.

2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.

3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok. 

4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.

5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.






Untuk hidangan, letakkan mee kuning, taugeh, sayur sawi, tahu goreng dan tuangkan kuah yang telah siap dimasak. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Jangan lupa perahakan limau nipis untuk rasa yang lebih enak. Jangan lupa pula untuk mencelur taugeh, mee dan sayur sawi tu yaa. 


Selamat Mencuba!!!



Share:

No comments:

Post a Comment