Sebuah blog berkongsi resepi-resepi turun temurun.

Resepi Roti Jala Dan Kari Ayam



Asslammulaikum pembaca blog resepi Cik Nani...semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Cuti hujung minggu juadah apa yang kalian hidangkan untuk keluarga tersayang? Cik Nani hidangkan juadah sarapan pagi roti jala bersama kari ayam.

Jom intai-intai resepi roti jala Cik Nani. Bolehlah nanti kalian mencuba resepi simple mimple ni. Boleh jadi hidangan minum petang.


Bahan Roti Jala (hidangan untuk 4 orang)

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning


Cara-cara

1. Bahan-bahan diatas hendaklah di blend sampai halus. 




2. Setelah dikisar bahan-bahan tersebut, tuang dan tapiskan untuk memastikan tiada apa-apa bendasing yang bercampur. 

3. Pastikan bahan yang dikisar itu tidak terlalu pekat dan juga tidak terlalu cair. Masukkan dalam acuan yang mempunyai tiga corong seperti gambar dibawah.




4. Panaskan minyak didalam kuali leper, tuangkan bahan kisar. Buatlah corak ikut kegemaran sendiri. Biarkan hingga masak. Setelah masak angkat dan lipat. Roti jala sudah sedia untk dimakan. 




Resepi Kari Ayam

Untuk menu Roti Jala, selalunya Cik Nani akan masak kari ayam sebagai gandingan. Ada tempat menyajikan roti jala dengan kaya. Tetapi Cik Nani tetap sajikan roti jala dengan kari ayam. Rasanya gandingan yang lebih sedap. Jom kita lihat bahan-bahannya.


Bahan Tumis

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 biji kentang dibelah enam
Serbuk kari daging/ayam
1 biji Santan kelapa


Cara-Cara

1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis hingga garing. 

2. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan kacau hingga menggelegak. Masukkan ayam bersama kentang yang telah dipotong. 

3. Gaul rata hingga sebati. Masukkan santan dan biarkan ayam masak dengan sempurna dan biarkan kentang hingga empuk. Jangan lupa masukkan garam. Kang tawar hebey pulak kari ayam nya. Hahahaha...

4. Biarkan mendidih sampai pecah minyak. Jika mahu kuah yang pekat, boleh keringkan sedikit lagi. Boleh tambahkan terung dan buah tomato jika suka.

Daaaa...dah masakpun kari ayam nya..Bolehlah cuba yaa resepi Roti Jala dan Kari Ayam Cik Nani.




Share:

No comments:

Post a Comment