Hai semua pembaca. Sekarang ni musim demam. Satu keluarga Cik Nani silih berganti demamnya. Bila demam ni tekakpun tak selesa nak terima makanan. Bubur sahajalah yang boleh dihidangkan. Cik Nani akan selalu sediakan bubur ayam ala-ala mekdi untuk melayan tekak yang tak berapa berselera ni. Jom kita tinjau-tinjau sikit apa resepinya. 


Bahan - bahan 

Bawang Putih 
Bawang Merah
Halia
Isi ayam - dipotong dadu
Kiub Ayam Knorr
Air secukupnya
Daun Sup
Garam secukupnya


Resepi ni sangat senang dan mudah. Kebiasaannya Cik Nani akan memasak bubur kosong atau bubur putih terlebih dahulu supaya apabila sup ayam siap, bubur juga sudah tersedia. Ada yang tak tau masak bubur?


Cara masak bubur


Ambil satu cawan beras atau lebih (ikut berapa orang nak makan) biasanya 1 cawan beras adalah untuk hidangan untuk 4-5 orang, basuh bersih, masukkan dalam periuk, masukkan air (letakkan air yang lebih banyak) biarkan mereneh sampai beras bertukar menjadi bubur.


Cara-cara


1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga lumat. 


2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing.





3. Masukkan Kiub Ayam Knorr dalam yang ditumis tadi. Gaul rata.






4. Masukkn ayam yang dipotong dadu. Kacau hingga ayam empok.






5. Masukkan air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Hiris daun sup dan taburkan dalam sup ayam yang sedang mereneh. 





6. Tuangkan sup ayam kedalam bubur yang telah masak. Biarkan mereneh dan gaul sebati.




7. Sedia untk dihidangkan.

Daaaa...dah jadi dah bubur ayam ala-ala mekdi Cik Nani..jikalau nak rasa pedas sikit boleh taburkan hirisan cili merah, hijau juga bawang goreng. Oleh kerana 3 bahan akhir ni tak ada dalam peti ais, maka apa yang ada sajalah digunakan.  

0 Comments