Resepi Rangka Ayam Berlada | Pernah jumpa rangka ayam? Cik Nani pasti ramai yang tahu tentang rangka ayam ni. Biasanya rangka ayam akan digoreng dan dijual di pasar-pasar malam sebagai hidangan minum petang yang dicicah dengan sos cili.

Tetapi kali ini Cik Nani kongsikan resepi Rangka Ayam Berlada. Mungkin kita tidak terfikir bahawa rangka ayam ini boleh dimasak sebagai menu yang boleh dihidangkan untuk keluarga. Semasa membeli barang basah untuk masakan, terjumpa rangka ayam yang banyak isi dagingnya. Secara tiba-tiba terlintas untuk mencipta resepi baru. 


Bahan-bahan Kisar

Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Serai
Belacan




Bahan-bahan

Rangka ayam
Cili kisar/mesen
Daun kunyit
Garam
Gula





Cara Menyediakan Resepi Rangka Ayam Berlada



1. Bahan-bahan ini hendaklah dikisar / dimesen sehingga halus seperti gambar dibawah.

2. Rangka ayam dibersihkan dan dipotong kecil. 




3. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, halia, belacan). 

4. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan cili kisar/mesen kacau rata. Biarkan seketika hingga cili betul-betul masak. Masukkan garam dan sedikit gula.





5. Masukkan rangka ayam yang dipotong kecil kedalam bahan tumis bersama lada kisar/mesen. Gaul rata.





6. Gaul hingga rangka ayam betul-betul masak. Masukkan pula Daun Kunyit sebagai mewangika masakan ini.


7. Menu siap dihidangkan.


Selamat mencuba. 























0 Comments